Navigation

Kpoppers ?


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo semua . ^^ Pertama sekali , saya nak beritahu semua kepada yang Kpoppers , silalah baca entri saya ni . Kepada yang bukan Kpoppers juga pun boleh baca entri ni . ^^ Korang mesti dah baca tentang kisah ex-Kpoppers kan ? Kalau belum baca , boleh baca dekat SINI .

Saya berasa sangat sedih sebab saya rasa saya dah banyak buat salah pada Allah Yang Maha Esa . Kepada yang minat K-Pop tuu janganlah korang melenting tak tentu hala . Korang baca dulu cerita kat atas tuu barulah korang nak melenting ke apa . Saya buat entri ni sebab saya nak share kepada semua umat Islam . Saya juga seorang peminat K-Pop tetapi taklah sampai fanatik . Kalau konsert bagai tuu saya memang tak nak pergi dan takkan pergi kalau orang ajak apa sekalipun sebab tu macam tempat Syaitan kan ?? Hmm ..saya pun tak tahu sebab saya ni pun manusia biasa sering kali buat kesilapan . 

Kalau nak minat K-Pop tu saya rasa boleh sebab saya tak pernah dengar yang Islam kata meminati K-Pop tuu haram . Saya tak tahulah kalau Islam ada kata cuma saya tak pernah tahu . Maafkan saya . Minat K-Pop boleh tetapi janganlah melebih-lebih . Saya cuma menasihatkan kepada diri saya dan juga kepada orang lain . Diri saya juga tidak sempurna .

Saya tak tahulah sama ada saya mampu atau tidak  membuang perasaan yang sungguh  minat pada K-Pop nih .  Bukannya baru tadi saya meminati K-Pop tapi dah cukup lama . Kadang-kadang K-Pop juga memberi semangat kepada saya untuk terus belajar . Kenapa ? Sebab saya nak pergi ke Korea . Haha . :D Saya jadikan itu sebagai semangat saya untuk terus berjaya . Namun , kita haruslah sentiasa ingat kepada Allah Yang Maha Besar .

Minat itu boleh tetapi korang mestilah pandai mengawalnya . Jangan lalai kerana K-Pop . Alhamdulillah , selepas tahu tentang berita ni , saya lebih sedar akan kesilapan saya . Berhenti meminati K-Pop tuu , saya rasa mungkin tak tetapi saya kan lebih banyak mengingati Allah ! Yang wajib tuu , semestinya kena buat kan ?? Jadi , buatlah . Pesanan untuk diri saya dan untuk semua sekali umat Islam . 

Jadi , selepas ni kalau korang kata kenapa blog ni masih ada Korea sedangkan katanya dah lebih ingat Allah kan ?? Insaflah kononnya . Saya bukanlah kata akan berhenti meminati K-Pop cuma saya akan kurangkan dan tahu bagaimana ingin mengawal minat ni . Tu sahaja . Semoga kita semua terus berada di jalan yang benar . Amin . ^^ 



No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
All Right Reserved: Arysha